03 June 2015

Cuti2@PuLau PerhenTian

aLhamdulillah..skaLi lagi pergi bercuti..kali ni ke puLau perhentian pLak..
perancangan 2/3 hari..igt nk main langgar je sbb pegi pn haRi isnin..

tempat yg kaMi amik coraL bay..chaLet pn main lepas tdor je..so..graK dR puTrajaYa pas subuh kurang lebih 7jam memandu aLhamdulillah smpi..KuaLe beSuT


singgah soLat subuh genting seMpah


smpi je ctu cal la akak yg kaMi dh deaL sbLm ni..ade la brader tu dTg bw ke parking keta..RM25 caj utk 3D2N..tngu la bot uTk ke perhentian keciL...



jeTi kuaLa beSuT

teruja tnggu boT





boT ke perhentian smpi jam 1.30pm apa lagi amik la segala beg yg ade usung naik boT laju yg terhoyong hayang kt jeti ni...aLhamdulillah cuaca baik laut pn tenang je(kt jeti la)..




steady je dia..





ok lanjer video ckit...





perjalanan ade la lebih kurang sejam..destinasi coraL bay@aur bay..dekat2 je pn..yg popuLar long beach tu pn deKaT je ngan coraLbay tpt kaMi menginap..beLakang buKiT je..

masjid kg neLayan



dh smpi...letih ngantuk sbb drive dr puTrajaYa..oleh sbb smpi pn dh lewat xda la pape aktiviti kecuali tdor dan tngu waktu nak makan je la haRi perTama..riLek je la pas soLat asar tu jaLan2 jap layan panTai..jOm!!

sRonOk

















layan je la anak nak mandi koLam..x puas pastu terJun LauT pLak...


 jOm makan..di sini bab makan sMua dh citer..haRga mmg berganda..tp inshallah masakan sini sdap2 kompom licin la makan tu..di coRaLbay ni aLhamdulillah bnyk kdai yg boLe kiTa piLih..uTk maLam perTaMa 3 beranak pnya makan RM35 seTeL...knyang ngantuk pas makan balik biLik seting tDo...adoyai nyaMuk baaaanyaaak...harusLah bawa lingkaran nyamuk..huhuhuhu..perLu diingat di sini bekaLan eLekTrik mmg akan terpuTus x kiRa maSa..tgh maLam pLak..adoyai..panasss..





jOm sarapan..
sarapan pagi pn abis RM30..huhuhu..pas saRapan balik bilik siap2 uTk trip haRi kedua ni..1030am boat dh siap2 panas enjin kt pantai..jOm!!







layan gmbar je la..nak citer deTaiL kang bnyk plak merapu..ikan jerung x jmpa pn..tp pnyu smpat la rakam..masa trip ni mmg sRonok la jugak..layan anak main ikan je la..bawa la bekal secukup nya air mnum makanan ringan roTi ke pape je la..



trip ni ade 5 lokasi yg bot akan bawa kita termasuk la kg neLayan uTk makan tghr..mcm biasa la xda la murah2 nk makan kt ctu kalu dh lapar sgt bole la makan..tp kalu ade bw bekaL henTam bekaL je la saving uTk diner pLak..






dapat la tgk penyu..panjat rumah api..suap anak2 ikan makan..yg x jumpa cuma jerung la..trip ni abis jam 4 petg balik smpi bilik smpat la zohor..kepenatan dan kepuasan mmg la teRasa..abis la aktiviti laut rehaT tngu malam nk makan dan tdor cukup2 eSok nak dRive baLik putRajaYa..

keseLuruhaN nya aLhamdulillah bajet uTk cuti kaLi ni Rm1k
pnTai coRaLbay sesuai la uTk yg dh ade anak..
main langar je kalu pegi haRi keja inshallah ade penginapan..
kos lg murah dr pakej2 yg ditawarkan..

jOm balik..



















21 September 2014

beRkaT bismiLLah...


beRkat bismiLLah..igt lagi maSa keciK2 duLu maSa maKan..
mmg keNa pnYa kaLu abah aku x dengar bisMiLLah sebeLum makan..


27 August 2014

Fated to Love you


saJa2 nak layan dRama korea ni..syok la jugaK..OST draMa ni pun ok..


Main Cast:
Jang Hyuk as Lee Gun
Jang Na Ra as Kim Mi Young
Choi Jin Hyuk as Daniel
Wang Ji Won as Kang Se Ra






21 July 2014


KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD..

DARIPADA Abdullah, katanya: “Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” Hadis riwayat al-Bukhari.
Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.
Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.
Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”


CARA MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJUD

Niat: Aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakan sembahyang sebagaimana sembahyang sunat lainnya. Dan untuk sembahyang malam ini, disunatkan memperpanjangkan berdiri dari memperbanyakkan sujud, sabda nabi s.a.w,:"Sebaik-baik sembahyang ialah yang memperpanjangkan berdirinya."Memperpanjangkan berdiri ialah memperbanyakkan membaca al-Quran. Memperbanyak sujud ialah dengan memperbanyakkan tasbih. Membaca al-Quran lebih baik dari bertasbih.

Selepas mengerjakan sembahyang, hendaklah membaca doa di bawah ini, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari:

Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janjiMu adalah benar, pertemuanMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar. Ya Allah kepadaMulah aku berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami merindu, kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Selepas berdoa diatas, perbanyakkanlah mengucap istighfar, antara istighfar yang dianjurkan serta sabit dengan hadis yang sahih ialah Saiyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau, yang menjadikan kami, dan kami adalah hambaMu, dan kamipun dalam ketentuanMu serta janjiMu sedapat yang kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu daripada kejahatan apa yang kami lakukan, kami mengakui kenikmatan yang telah Engkau limpahkan kepada kami dan kami juga mengakui akan dosa kami, keran itu berikanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya tidak ada yang memberi pengampunan kecuali Engkau.

Sembahyang sunat mutlak, eloklah dilakukan dua rakaat, dua rakaat.. seberapa banyak yang mahu dilakukan. Selepas itu bolehlah membaca doa dan istighfar di atas.


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

CARA SOLAT DHUHA

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


a) Bacaan niat solat sunat Dhuha
Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

Setelah selesai salam, lalu membaca doa


**Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…